Pages

Jumaat, 13 Julai 2012

TUGASAN INDIVIDU PENDIDIKAN AKHLAK

PENDIDIKAN AKHLAK
TAHUN 5
TUGASAN INDIVIDU

ARAHAN SOALAN :
Kepimpinan bererti kemampuan seorang untuk memimpin. Dalam sejarah umat Islam, kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W dijadikan panduan dan ikutan. Ini kerana baginda memilik cirri-ciri seorang pemimpin yang baik. Huraikan sifat-sifat yang sentiasa dimiliki Rasulullah S.A.W, sepertimana berikut 
a.      Istiqamah
b.      Tawaduk
c.       Tidak takbur
d.      Tidak zalim
e.      Adil

 Ceritakan mengenai seorang pemimpin yang anda rasa beliau seorang pemimpin yang mempunyai sifat-sifat Rasulullah S.A.W.
a.      Latar Belakang
b.      Sifat  diri
c.       Sumbangan terhadap manusia

Refleksi terhadap tugasan yang diberikan.


APA YANG PERLU ADA DALAM TUGASAN INI;
1.      Pelajar hendaklah menulis dalam tulisan jawi.
2.      Cover buku skrap mesti ada:
a.      Nama sekolah
b.      Nama kelas
c.       Tajuk tugasan
d.      Nama pelajar
e.      Nama guru
f.        Tarikh hantar
3.      Isi kandungan perlu tepat mengikut arahan soalan.
4.      Hantar tugasan sebelum atau pada 27 Julai 2012.
5.      Hendaklah kreatif dalam melakukan tugasan ini.
6.      Markah penuh : 30

Isnin, 23 Januari 2012

RUKUN IMAN

Pengertian Iman


Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.


Rukun Iman 
  • Percaya kepada Allah
  • Percaya Kepada Malaikat
  • Percaya kepada Kitab
  • Percaya kepada Rasul
  • Percaya kepada Hari Akhirat
  • Percaya kepada Qadha’ dan Qadar

    Jumaat, 13 Januari 2012

    Bangga buat maksiat antara petanda dunia akhir zaman

    SETIAP individu mempunyai masa silam yang sudah dilalui sama ada baik atau buruk, dosa atau pahala yang diperoleh. Namun, perkara dosa yang telah dilakukan tidak perlu diungkit apatah lagi menyebarkan kepada orang lain kerana berbangga dengan maksiat itu. 


    Islam menganjurkan umatnya melupakan masa silam yang penuh kegelapan dengan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan kerana semua manusia akan melalui kesilapan dalam perjalanan kehidupan mereka.

    Pembelajaran sepanjang hayat lonjak kecemerlangan

    Pembelajaran sepanjang hayat lonjak kecemerlangan
    Oleh Sharifah Hayaati

    2012/01/14

    AKTIVITI pembelajaran tidak hanya berlaku di sekolah atau institusi pengajian saja tetapi juga di tempat kerja. Pembelajaran sepanjang hayat sama ada secara formal atau tidak, dengan usaha sendiri atau disediakan majikan bukan sekadar suatu keperluan tetapi sumber hidayah Allah. 

    Pintu hidayah Allah SWT terbuka bagi mereka yang bekerja mencari rezeki halal serta berusaha untuk memperbaiki diri serta kerja yang diusahakan.